Friday, February 11, 2011

:: Orang kata cinta itu indah...orang kata jugak cinta tu happen once in a lifetime...
mak cakap cinta tu perlu dicari...kalau tak cari memang tak jumpa...
tok cakap cinta tu boleh dipupuk lepas kawen...meaning to say - u have to marry someone who is totally alien to u..and yet to discover him...after marriage..that is scary...but it work well for her and my mum...
well...kakak pilak cakap...cinta lama-lama ni buang masa je...once u meet the rite one...KAWEN..senang ke macam tu??? but..it works for her as well...
Tapi buat aku...
Cinta sebenar berputik sekali dalam hidup...
Cinta tu akan datang tanpa kita undang...tetiba je...rasa tu mesti datang...KOT...????
Tapi...betul ke macam tu...???
What if...cinta yang aku tunggu tu tak muncul???
What if...cinta tu memang kena cari??? eh???
hurmmm....cinta tu kan supposed to be exclusive...
sebab tu aku percaya...one day...bila tiba time yang tertulis di atas sana...
dia akan muncul jugak...out of nowhere...eh???

Dia??? mcm mana dia???
Aku tak minta dia sempurna...cukup hanya aku selesa
Aku tak minta dia berharta...cukup hanya aku besederhana
Aku tak minta yang kacak bergaya...cukup hanya manis di mataku

Bila cakap pasal ni kan..suddenly teringat salah satu kisah Puteri Rasulullah S.A.W...kalau kat sekolah dulu, memang seronok bila ustazah cite pasal Azzzahra ni...(one of my fav name).....enjoy reading......:))

"Dia permata hati Baginda...bila gembira hatinya...gembiralah Rasulullah S.A.W...tertitis air matanya...berdukalah baginda...Dia satu-satunya Puteri yang dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Dialah Siti Fatimah r.a wanita terkemuka di dunia  dan penghuni syurga di akhirat...
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggan yang menjanjikan kekayaan harta..ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. merupan sahabat yang miskin dikalangan yang lain..Namun jauh disanubari Rasulullah s.a.w tersimpan perasaan kasih dan sayang yang amat mendalam terhadapnya..Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali.."Fatimah lebih kucintai daripada engkau,namun dalam pandangan ku engkau lebih mulia dari dia" (Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan.Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah.Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap.Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.dengan mas kawen hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan ALLAH di dunia dan di akhirat...

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.Meskipun beliau tahu isterinya saban hari bertukus lumus menguruskan anak-anak,membasuh dan menggiling tepung dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya...

Suami yang mana tidak sayangkan isteri.Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan baju untuk menggiling tepung bersama Siti Fatimah di dapur."Terima kasih suamiku". bisik Siti Fatimah pada suaminya.Usaha sekecil itu, dicelah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumah anaknya.Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayanganya itu.Lalu ditanya oleh baginda."Wahai buah hatiku,apakah yang engkau tangiskan itu?semoga Allah mengembirakanmu."  Dalam nada sayu Fatimah berkata."Wahai ayahanda,sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan dalam rumah seorang diri.Wahai ayahanda sekiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantuu untukku?"  Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.Dengan lafaz Bismillah, baginda meletakkan segenggam gandum dalam kisaran itu.Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti sehinggalah Rasulullah s.a.w menghentikannya.

Berkata Rasullulah dengan kata-kata yang masyur."Whai Fatimah, gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas,namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.."  Jelas Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya denganpandangan kasih sayang."Puteriku, mahukah kengku ku jarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"  "Tentu sekali Ya Rasulullah."Jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s.a.w bersabda. "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah, setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akhbar' sepuluh kali. kemuadian ketika hendak tidur bacalah 'Subhanallah' 'Alhamdulillah' 'Allahu Akhbar' ini sebanyak tiga puluh kali."

Ternyata amalan itu sentiasa memberi kesan kepada Siti Fatimah,semua kerja rumah.Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hambanya yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

Buat renungan bersama:Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu. Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa . Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia. Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang  baik, tetapi 4 lagi yang dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik.
2. Keadilan dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik.
3. Taubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah  lebih baik.
4. Dermawan dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang kafir adalah lebih baik.

AKU MENCARI DIA.................::

No comments:

Post a Comment