Friday, November 26, 2010

:: AKU TAHU..AKU HANYA MAMPU BERMIMPI ::

Aku tahu, aku cuma boleh bermimpi untuk bercinta dengan dia...
Aku tahu, aku cuma boleh bermimpi untuk menjadi yang halal untuk dia...
Aku tahu, aku cuma boleh berangan untuk melahirkan baby yang comel-comel untuk dia...
Aku tahu, aku cuma mampu menyimpan perasaan ni dalam hati je...
Aku tahu, aku sememangnya tak layak untuk dia...
Aku tahu, aku perlu bersyukur jika takdir tetapkan aku hanya sesuai untuk menjadi kawannya...
Aku tahu...
Aku tahu...
Aku tahu...
dan...
aku sentiasa akan tahu...

Dia dah banyak kali rijek aku...
Bukan 1 kali, bukan 2 kali, bukan 3 kali... dan bukan 4 kali... tapi lebih dari tu...
huhuhu....
Dia sungguh bijak, tak perlu aku nyatakan terang-terangan perasaan aku,
dia dah tolak aku mentah-mentah...
malangnya nasib aku ni...

Kalaulah dia tahu betapa bertuahnya dia kerana disayangi oleh aku...
Sebab aku sanggup lakukan apa sahaja untuk dia...
Sebab aku sanggup cinta dia untuk sepanjang hayat aku...
Sebab aku sanggup tundukkan mata aku dari melihat lelaki lain kerana dia...
Sebab aku sanggup jadi seorang yang setia sampai bila-bila...
Sebab aku sanggup korbankan nyawa aku untuk dia...
Sebab aku sanggup untuk segala-galanya demi dia...
Sebab aku tak harapkan orang lain temani aku, hanya dia sorang je...
Sebab aku cinta dia...

Aku tak nak couple dengan dia...
Tapi aku nak jadi isteri dia...
Aku sanggup tunggu dia asalkan dia minta begitu...

Bila dia nak nampak aku?
Bila dia nak sedar yang aku akan selalu ada untuk dia tak kira apa pun keadaan?
Bila dia nak cakap, dia sayang aku?
Bila dia nak bukakan pintu hati dia untuk aku?
Bila.... bila.... bila....
Atau apakah semua tu persoalan yang jawapannya pasti mengecewakan.

Tak bolehkah seorang sahabat mengahwini sahabatnya sendiri?
Meskipun dia tak cintakan sahabatnya...
tak boleh ke dia jaga aku n jadi suami aku...
Aku tak kisah kalau dia tak cinta aku...
Kalau dia sayang sikit pun jadilah...
Aku cuma nak dia teman aku sampai hari aku meninggal dunia...
sebab aku dah takde sape-sape lagi selain dia...

Honestly, ada lelaki lain nak kawan dengan aku...
tapi aku tak nak...
aku cuma nak dia je...
Tetapi dia tak pernah sekalipun nampak aku sebagai pasangan yang sesuai untuk dia...

Kadang-kadang aku memang sedih...
rasa nak merajuk je...
rasa nak bawa je diri jauh dari dia...
tapi tak mampu...
aduhai....


Dalam hati aku...
ada dia...
Sama ada aku buka mata atau pun tutup mata, dia tetap ada.
Sama ada aku badmood, sakit hati, marah, happy, dia tetap ada di situ...
What wrong with me...
(Nak kena p buat pembedahan buang hati ke?)

Kalau aku cakap terus terang, jelas-jelas...

" awak, saya suka awak."

atau pun lebih berani lagi cakap gini...

"awak saya cinta awak."

apakah dia akan terima aku as a bakal isteri dia...
i thinks no. Dia akan cakap...

"saya just anggap awak kawan je...
ataupun...
"saya dah ada awek."
Ataupun.
"saya takde apa-apa perasaan pun kat awak"

Dengan membayangkannya pun aku dah nangis,
inikan pula nak mendengarnya...
Sedihkan...



P/s: Saja je merepek-repek.

No comments:

Post a Comment